Aku masih bingung atau aku tak mengenali diriku sendiri.
Mengapa???
Persoalan ini kurasakan apabila aku selesai mengikuti satu kursus di Langkawi baru-baru ini.
Aku tersedar selama ini aku berhati 'kering' ataupu aku sengaja berhati kering ataupun apa sajalah yang boleh manggambarkan perasaan ku saat itu. saat orang lain merintih kesedihan dan kemarahan, aku kebingungan kerana tidak berasa apa-apa melihat kejadiah yang diolah seolah kami di zaman penjajahan jepun dahulu.
Mereka yang lain kesedihan dan marah melihat kawan-kawan di dalam kumpulan ditangkap tanpa apa-apa kesalahanpun, tapi aku tak merasa apa-apa. MENGAPA??????
Hatiku merintih, adakah aku sudah hilang rasa kasihan ataupun hilang rasa perikemanusiaan tapi yang pasti aku sangat bingung dan tertanya-tanya apa yan terjadi? Rupanya mereka (Para Fasi) mahu melihat apakah tindakan kami sebagai generasi muda andai Malaysia ini diserang dan di jajah semula. Mereka mahu melihat adakah GENERASI MUDA kini hanya ambil mudah dan terlalu manja dengan kesenangan, kemudahan yang telah wujud saat mereka lahir di dunia ini.
Yang pastinya, ramai yang bingung dan tak tahu nak buat apa? yelah kami ni baru nak belajar hidup, sejarah taknak diingati..
padan muka kami...
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)