Thursday, September 20, 2012

AKU , NOVEL DAN ...

Assalammaualaikum dan hi kepada yang sudi membaca blog ai yang tak seberapa ni...;) Sebenarnya ai tak berapa reti(tak berbakat) untuk mengarang post yang secantik bahasa macam blog orang lain atau seperti dalam novel yang bestseller tu. Cerita pasal novel ai dah tersampuk nak membaca novel la pulak sekarang. Ya Allah..banyaknya novel yang best(pada ai la) sekarang. Beli punya beli...baca n baca sampai dah tak muat rak buku ai. encek husband jeling je bila ai bawak balik novel sampai dia pun dah tersampuk nak baca novel. Bila ai membaca dan mendalami sebuah novel/buku, ai seolah berada dalam satu dunia yang lain..tersengih-sengih macam kerang busuk(sampai encek suami kata'ha tu mama engkau tu tengah perasanla tu) pas rasa macam nak lompat-lompat...kuikuikui.But hep...jangan la kata ai orang gila cuma ai rasa itu salah satu cara ai nak release stress dan rasa bosan terperap je kat umah(ala dah memang kaki novel...baiklepak kat umah baca buku kikikiki). Anak2 ai memasing dah paham(kecuali durrah yang kecik asal ai baca buku je die cucuk muka ai, cakar2 muka...jealous sebab tak peduli kat die) asal mama dah selesai kerja...sampailah sudah rehat time dan sampaila sudah melayan perasaan dengan buku-buku kekasih hatiku itu... Sekarang ai dah terpikat dan tertunggu hasilan novel dari Melur Jelita ' I Luv U Stupid'..Cepatla release kat bookstores. Tak sabar dah ai. Mesti u all cakap ' huh umo dah tua 3 series tapi melayan perasaan macam budak belasan tahun. Hehehe bukan nya apa ai tak merasa la pengalaman tu semua. Dengan menyelami novel itu seolah ai menjadi watak tersebut. Walaupun ai tak pandai bermadah pujangga tapi ai suka berjiwang karat. ;) Wah panjangnya Coretan Hati ai kali ni. rasanya itu jela buat kali ini. Melur Jelita oh Melur Jelita...cepatla release novel baru u tu . Ai tak sabar.Bye.ChupChup.

Thursday, April 1, 2010

Mengapa??

Aku masih bingung atau aku tak mengenali diriku sendiri.
Mengapa???

Persoalan ini kurasakan apabila aku selesai mengikuti satu kursus di Langkawi baru-baru ini.
Aku tersedar selama ini aku berhati 'kering' ataupu aku sengaja berhati kering ataupun apa sajalah yang boleh manggambarkan perasaan ku saat itu. saat orang lain merintih kesedihan dan kemarahan, aku kebingungan kerana tidak berasa apa-apa melihat kejadiah yang diolah seolah kami di zaman penjajahan jepun dahulu.
Mereka yang lain kesedihan dan marah melihat kawan-kawan di dalam kumpulan ditangkap tanpa apa-apa kesalahanpun, tapi aku tak merasa apa-apa. MENGAPA??????

Hatiku merintih, adakah aku sudah hilang rasa kasihan ataupun hilang rasa perikemanusiaan tapi yang pasti aku sangat bingung dan tertanya-tanya apa yan terjadi? Rupanya mereka (Para Fasi) mahu melihat apakah tindakan kami sebagai generasi muda andai Malaysia ini diserang dan di jajah semula. Mereka mahu melihat adakah GENERASI MUDA kini hanya ambil mudah dan terlalu manja dengan kesenangan, kemudahan yang telah wujud saat mereka lahir di dunia ini.

Yang pastinya, ramai yang bingung dan tak tahu nak buat apa? yelah kami ni baru nak belajar hidup, sejarah taknak diingati..
padan muka kami...

Thursday, January 21, 2010

Hari Jumaat yang ...

First time aku menulis blog. Kepada semua yang mengenali diri ini jangan la keliru kerana Aisyah Idham adalah gabungan nama cahayamataku yang tercinta. Dan hari ini bos2 besar takde jadi berdendangla aku sambil buat kerja. Walaubagaimanapun kerja2 mesti disiapkan dengan sempurna.
setakat ini dulu...